mymentor

mymentor

Kesepakatan Menuju Putrajaya

Kesepakatan Menuju Putrajaya

Monday, May 31, 2010

Gaji Tentera Mesti Lebih Tinggi

KOTA BAHARU - Kajian sedang dilakukan bagi mewujudkanpelarasan baru kepada gaji di kalangan anggota angkatan tentera (ATM)berdasarkan peruntukan dalam perlembagaan yang menetapkan bahawa gaji anggota ATM perlu lebih tinggi dari penjawat awam yang lain.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, apa yang dilihat sekarang ialah gaji anggota tentera lebih rendah berbanding dengan gaji penjawat awam yang lain, sedangkan pada dasarnya ia sepatutnya lebih baik.

"Berdasarkan Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam Bilangan 256

(21) yang dibaca bersama Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan, menetapkan gaji angkatan tentera mesti kanan dari anggota Polis Diraja Malaysia dan jabatan lain.

"Sebenarnya sudah tinggi (gaji anggota ATM), tetapi disebabkan ada perubahan pada tangga gaji kakitangan awam sebelum ini, menyebabkan gaji kakitangan awam lain dilihat lebih tinggi," katanya kepada pemberita selepas melawat Kem Desa Pahlawan di sini hari ini.

Dr Abdul Latiff berkata oleh itu berdasarkan peruntukan tersebut, satu

kajian sedang dijalankan bagi menentukan anggota ATM mendapat kenaikan gaji sejajar dengan kedudukan dan kebolehan mereka.

Bagaimanapun pelaksanaannya akan dibuat berdasarkan kepada keadaan ekonomi negara, katanya. - Bernama _Kosmo online

No comments:

Post a Comment