Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, apa yang dilihat sekarang ialah gaji anggota tentera lebih rendah berbanding dengan gaji penjawat awam yang lain, sedangkan pada dasarnya ia sepatutnya lebih baik.
"Berdasarkan Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam Bilangan 256
(21) yang dibaca bersama Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan, menetapkan gaji angkatan tentera mesti kanan dari anggota Polis Diraja Malaysia dan jabatan lain.
"Sebenarnya sudah tinggi (gaji anggota ATM), tetapi disebabkan ada perubahan pada tangga gaji kakitangan awam sebelum ini, menyebabkan gaji kakitangan awam lain dilihat lebih tinggi," katanya kepada pemberita selepas melawat Kem Desa Pahlawan di sini hari ini.
Dr Abdul Latiff berkata oleh itu berdasarkan peruntukan tersebut, satu
kajian sedang dijalankan bagi menentukan anggota ATM mendapat kenaikan gaji sejajar dengan kedudukan dan kebolehan mereka.
Bagaimanapun pelaksanaannya akan dibuat berdasarkan kepada keadaan ekonomi negara, katanya. - Bernama _Kosmo online
ALOR SETAR, 20 Mei: Penganjuran ceramah bagi memberi penjelasan kepada rakyat negeri Kedah dalam isu pembubaran Dun adalah suatu tindakan bijak yang diambil oleh Kerajaan Negeri Kedah.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak (gambar) semalam berkata, beliau bersama para exconya akan keluar negeri tidak lama lagi bagi menunjukkan mereka yakin kerajaan Kedah berada dalam keadaan stabil.
